Akademi Fantasia 7 datang lagi, kini lebih sengit kerana warganegara Singapura termasuklah golongan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan boleh masuk Akademi Fantasia 7 juga!
Sesi ujibakat akan diadakan di:
Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 17 – 18 Jan
The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 24 – 25 Jan
1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu, 30 – 31 Jan & 1 Feb
Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching, 31 Jan & 1 Feb
Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur 7 – 8 Feb
Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.
Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara ‘acapella’ lagu-lagu pilhan seperti berikut:
Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:
1. No One (Alicia Keys)
2. Kalis Rindu (Elyana) 3. Dikir Puteri (Noraniza Idris)
4. Karma (Cokelat)
5. Tari Silat Melayu (Aishah)
Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:
1. Angan dan Sedar (Mawi)
2. You Raise Me UP (Josh Groban)
3. Ketelusan Hati (Anuar Zain)
4. Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat)
5. Ada (M.Nasir)


















