Isu Sensasi Masa Kini


Trailer Filem Jumbo Gajah Biru

Sinopsis Filem Jumbo Gajah Biru

Setelah berjaya dalam pertempuran gajah terhebat, Jumbo si gagah berani dilantik menjadi gajah diraja bagi Raja Naresuan yang hebat. Jumbo walau bagaimanapun perlu mengambil keputusan yang sukar yang mungkin mengancam nyawa keluarganya.

Isterinya yang tercinta Luna; menyimpan rahsianya tersendiri. Dia sedang hamil dan berhasrat untuk pulang ke kampung halamannya iaitu Kampung Hin How untuk melahirkan bayinya. Malang tanpa diduga, Kampung Hin How diserang gerombolan musuh Hongsawadee dan menawan semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga Jumbo.

Kini, Jumbo harus membuat pilihan samada menyelamatkan keluarga tersayang atau berjuang demi negara tercinta yang mungkin bermaksud kehilangan keluarga tersayang untuk selamanya. Apakah pilihan Si Jumbo? Bolehkah dia menyelamatkan dirinya dan keluarga tersayang dari cengkaman musuh? Atau bolehkah dia mengekalkan maruahnya sebagai seorang pahlawan? Temui jawapannya dalam “Jumbo Gajah Biru” yang akan menemui anda di panggung tidak lama lagi.

 

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

Powered by Facebook Comments

Comments are closed.