Gosip Artis Sensasi Masa Kini


Imuda Menanti Kehadiran Orang Baru


Meraikan sambutan Aidilfitri bersama isteri tercinta jelas merupakan satu pengalaman yang cukup berharga baginya setelah sekian lama bersendirian. Memikul tanggungjawab yang lebih berat setelah mengahwini Zabariah bt Haja Mushadi Ali, rezeki Imuda nampaknya semakin bertambah setelah dikhabarkan bakal menerima kehadiran orang baru dalam perkahwinan mereka.

“Saya sangat bahagia dengan perkahwinan ini. Anak-anak dan diri saya lebih terjaga bila ada orang yang tolong tengokkan makan pakai kami.

“Dan lebih menggembirakan apabila saya diberitahu isteri sedang hamil satu bulan. Kalau ikutkan saya nak anak perempuan sebab family wife saya banyak lelaki, nak meriahkan dengan kehadiran bayi perempuan pula. Walau bagaimanapun, semuanya adalah anugerah tuhan, kami tak merancang nak berapa anak.

Mengehadkan aktiviti seninya selepas berkahwin, Imuda menafikan status sebagai suami mengekang kerjaya seninya. Tidak sampai hati untuk meninggalkan isterinya seorang diri di rumah sekiranya tuntutan kerja memaksa beliau untuk berjauhan.

“Kalau dulu bolehlah saya ke sana sini tanpa halangan. Sekarang susah sikit sebab kita ada orang yang perlu dijaga. Walaupun isteri tak pernah menghalang, namun saya perlu sedar tanggungjawab sebagai suami.

“Kalau ada tawaran lakonan luar dari Kuala Lumpur, saya akan menolak. Berkahwin tak pernah mengekang aktiviti seni saya,” ujar pemilik RAE Gallery ini.

Dia Seorang Yang Simple – Zabarina

Cantik manis orangnya. Cukup bertuah Imuda memiliki seorang wanita yang sempurna sifatnya. Walau terpaksa berjauhan selama tiga tahun sewaktu menyulam cinta, jodoh yang kuat akhirnya mengikat mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Mula-mula kenal abang saya rasa agak janggal sebab bila berjalan semua orang kenal dia. Tapi bila dah menyelami isi hatinya, dia seorang yang sangat simple. Kalau tengok di tv, nampak macam banyak cakap, tapi sebenarnya dia seorang yang pendiam. Karakter di dalam tv sangat lain dengan dirinya yang sebenar,” kata penolong pengurus kepada sebuah bank di Kuala Lumpur ini.

Pasangan ini juga akan menyambut Aidilfitri di kampung kelahiran Zabarina di Batu Uban, Penang.

Gambar Waheeda Berpurdah LV

Mula-mula Rindok Blog tengok Purdah Waheeda

perasan ada sesuatu di sana..

Bila tengok dekat2…Terkejut besar dibuatnya!

Wow…Ada juga Purdah LV Waheeda tue!

Hebat waheeda nie…Purdah LV tu!

credit to murai.com.my

AC Mizal dapat gelaran Dato dari Sultan Pahang

AC Mizal dapat gelaran Dato dari Sultan Pahang

Kami di Rindok Blog dapat tahu perkara ini dari

Facebook Aliff Razali AF6

Tahniah kami ucapkan kepada AC Mizal..

Selamat maju jaya.. :D

Nurul Duta Pertama Glow & Glamour

Nurul Duta Pertama Glow & Glamour

Tahniah Rindok Blog ucapkan kepada Nurul..

Makin lebat rezeki Nurul nampaknya.. :D

Prof. Madya A. Razak Mohaideen tidak mahu bekerjasama dengan Almy Nadia lagi

EKORAN kegagalan pelakon Almy Nadia untuk menghadiri majlis pra tonton filem 4 Maduyang diadakan Rabu lalu, pengarah filem tersebut Prof. Madya A. Razak Mohaideen tekad untuk tidak bekerjasama dengan pelakon itu lagi pada masa akan datang.

Keputusan itu diluahkan oleh A. Razak kerana kekecewaannya dengan sikap tidak profesional Almy kerana enggan menyertai rangka promosi filem komedi itu yang sudah diaturkan sejak awal lagi.
Menurut A. Razak yang ditemui pada pra tonton majlis tersebut, pihaknya telah memaklumkan kepada Almy dan semua pelakon mengenai tarikh dan butiran majlis itu sejak dua bulan lalu bagi memudahkan para pelakon dan karyawan yang terbabit melapangkan diri pada hari berkenaan.

Namun, apabila dihubungi oleh pihak produksi yang mahu mengesahkan kehadiran Almy, pelakon itu sebaliknya memberitahu dia sudah terikat dengan jadual penggambaran di Melaka pada tarikh berkenaan.

“Tindakan Almy yang gagal hadir pada majlis pra tonton filem ini benar-benar mengecewakan saya. Bagi saya dia langsung tidak profesional bekerja dalam industri ini. Tak mungkin saya akan bekerjasama dengannya lagi di masa akan datang.

“Alasan yang diberikan bahawa dia sudah terikat dengan jadual penggambaran adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima sebab pihak kami sudah maklumkan kepadanya mengenai tarikh majlis ini sejak dua bulan lalu,” katanya.

Almy Nadia dianggap tidak profesional kerana gagal hadir di majlis itu tanpa alasan kukuh.

Ditanya adakah tindakan terhadap Almy itu disebabkan perselisihan faham yang pernah tercetus mereka sebelum ini, A. Razak berkata, faktor itu adalah tidak berasas langsung sebaliknya menyifatkan tindakan Almy sebenarnya sebagai tidak profesional.

“Kalau saya sebagai orang yang memperkenalkannya ke dunia lakonan pun boleh melupakan dan mengenepikan apa jua isu salah faham yang tercetus sebelum ini, mengapa tidak dia bertindak sewajarnya?

“Jika tindakannya yang enggan hadir pada majlis ini disebabkan terlalu beremosi dengan apa yang pernah tercetus, memang dia tidak profesional.

“Majlis ini diadakan bukan untuk saya dan filem ini semata-mata, malah untuk publisiti kepadanya sebagai pelakon filem ini juga,” katanya.

Tambah A. Razak, jika pelakon-pelakon lain yang lebih popular dan berpengalaman seperti Saiful Apek, Rosnah Mat Aris, Fasha Sandha dan Rozita Che Wan boleh meluangkan waktu untuk hadir tetapi kenapa Almy tidak boleh berbuat demikian.

“Pelakon-pelakon yang lain pun sibuk juga dengan jadual kerja masing-masing tapi atas dasar profesional mereka boleh tunjuk muka di majlis ini,” katanya.

Filem 4 Madu adalah filem komedi terbaru terbitan Lineclear Motion Picture Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studio dan Berjaya Film Production.

Ia mengisahkan dua adik-beradik tiri Azlan dan Azrul (kedua-duanya dilakonkan oleh Saiful Apek) yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain dan dipertemukan pada hari pembacaan wasiat tinggalan ayah mereka yang bernilai RM80 juta setiap seorang.

Demi memenuhi tuntutan wasiat itu, Azlan dan Azrul dikehendaki mengahwini empat wanita mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bermulalah gelagat dan kelucuan masing-masing dalam menyempurnakan tugasan itu.

Filem 4 Madu bakal menemui penonton di pawagam pada awal bulan hadapan sempena sambutan Hari Raya.

credit to Mstar

Blog Widget by LinkWithin