Isu Sensasi Masa Kini


Meriah Program Hari Raya di Astro

SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, Astro Ceria dan Astro Prima terus memegang status sebagai penghulu kepada segala program istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini apabila masing-masing menawarkan 13 buah program hiburan dan 19 telefilem baru.

Terbiasa mengamalkan resipi – Macam-Macam Ada!, selain dua saluran popular itu, Astro Oasis, Astro Citra, Astro Warna dan Astro Ceria juga tidak ketinggalan menghidangkan hiburan menarik dengan 42 program ditayangkan untuk tontonan seisi keluarga.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pihaknya telah menyusun semua program hebat sempena Aidilfitri ini di platform Astro yang bersiaran secara selang-seli bagi menepati kehendak orang ramai terutama pelanggan.

“Antara telefilem yang dijangka mampu meraih sambutan hangat adalah Nak balik Raya, Aidilfitri Abang Kasim Pon Pon; Baju Baru Di Pagi Raya; Dodol Si Bujang Sepah; Syurga Di Pagi Raya; Arca Cinta dan Pak Nil.. Ibu Kirim Salam.

“Di samping itu, rangkaian program mingguan terbitan Astro turut menerbitkan episod istimewa sempena hari raya seperti Odisi Raya MJ Lagi!, JLL Raya! Raya! Raya 2010!, Kata Kau Istimewa Aidilfitri, Itu Dia.. Raya Datang Lagi dan Trek Selebriti Kecohnya Raya Bersama Aril,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan program raya Astro di ibu negara baru-baru ini.

Tambahnya, saluran yang terkenal dengan penayangan filem-filem tempatan pula tidak ketinggalan untuk mempersembahkan dua filem baru sahaja bertandang di layar perak iaitu Andartu Terlampau.. 21 Hari Mencari Suami lakonan Haliza Misbun dan filem animasi, Jumbo Gajah Biru yang dialih suara oleh Akim dan Mila.

Program-program Hari Raya di Astro:

Astro Ria (saluran 104):

* Odisi Raya MJ Lagi! (10 September, 10 pagi.)

* Mega Raya Syawal Bersama Bintang (10 September, 4 petang.)

* JLL Raya! Raya! Raya 2010! (10 September, 6 petang)

* Lemang, Lebaran, Labuci! – Bahagian 1 (10 September, 8.30 malam)

* Kata Kau Istimewa Aidilfitri (10 September, 10.30 malam)

* Lebaran Diva Datuk Siti (11 September, 4 petang)

* Lemang, Lebaran, Labuci! – Bahagian 2 (11 September, 8.30 malam)

* Itu Dia… Raya Datang Lagi (11 September, 10.30 malam)

* Glamor Raya, Glamorkan Raya Anda! (12 September, 6 petang)

* Lemang, Lebaran, Labuci! – Bahagian 3 (12 September, 8.30 malam)

* Lawaknya Fantasia Raya (12 September, 9 malam)

* Trek Selebriti Kecohnya Raya Bersama Aril (13 September, 1.30 petang)

Astro Prima (saluran 105)

* Nak Balik Raya (9 September, 10 malam)

* Aidilfitri Abang Kassim Pon Pon (10 September, 12 tengah hari)

* Kampung Prima: Babak 105 (11 September, 10.30 pagi)

* Baju Baru Di Pagi Raya (11 September, 12 tengah hari)

* Dodol Si Bujang Sepah (12 September, 12 tengah hari)

* Syurga Di Pagi Raya (13 September, 12 tengah hari)

* Arca Cinta (16 September, 12 tengah hari)

* Pak Nil… Ibu Kirim Salam (17 September, 12 tengah hari)

* Pondok Plastik Tepi Kubur (18 September, 12 tengah hari)

* Nyawaku Di Tali Gantung (19 September, 12 tengah hari)

* Tetamu (19 September, 9 malam)

SAKSIKAN gelagat humor kumpulan Sepah menerusi Dodol Si Bujang Sepah di Astro Prima pada hari raya ketiga.

Astro Oasis (saluran 106)

* Inspirasi Sanubari Istimewa (11 September, 11 pagi)

* Kau Tak Pernah Jauh (11 September, 2.30 petang)

* Kabus (12 September, 2.30 petang)

Astro Citra (saluran 131)

* P. Ramlee The Musical (10 September, 9 malam)

* Ungu Violet (12 September, 2 petang)

* Papadom (12 September, 9 malam)

* Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Suami (13 September, 9 malam)

* Lost In Love (15 September, 2 petang)

* Jumbo Gajah Biru (15 September, 9 malam)

* My Spy (19 September, 9 malam)

Astro Warna (saluran 132)

* Spontan 2 Raya (10 September, 10 pagi)

* 3 Budak Botak Dua Hari Di Hari Raya (10 September, 2 petang)

* Tu Dia Kiah Nak Raya (11 September, 9 malam)

Astro Ceria (saluran 611)

* Ninja Boy S5 & S6 (mulai 6 September, Isnin hingga Khamis, 1 petang)

* Backkom musim ke-3 (mulai 13 September, Isnin hingga Khamis, 8.40 pagi)

* Belalang (Istimewa) (mulai 13 September, Jumaat hingga Ahad, 4.30 petang)

credit to Kosmo

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

Powered by Facebook Comments

Comments are closed.