Filem ini akan mula ditayangkan pada 2009 (Tahun nie ler..). Ia dibintangi oleh pelakon seperti Nabil, Tasha, Mila AF5, Vanidah Imran, Ebby Yus, Ummi Nazeera, Zaibo, Amy Search dan Fahrin Ahmad dan skripnya ditulis oleh Aminah Rhapor. Cayalah, filem ini dibintangi oleh pelawak seperti Ebby Yus, Zaibo dan Nabil Raja Lawak. Rindok Blog sangat menantikan filem nie..Mesti gelak sampai pecah perut punya..Sambil gelak mesti Nabil letak element nasihat..Tu Rindok Blog pasti sangat..sebab Nabil seorang yang mempunyai visi..bagus nabil
Mengisahkan tentang mengejar impian, cita-cita dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Natasya (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Seorang anak hartawan dan seorang lagi hidup dalam kesederhanaan. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri. Nabil, seorang anak muda yang hanya berkelulusan SPM bekerja sebagai penghantar surat. Sabtu dan ahadnya bekerja di workshop motor. Malam minggunya pula membantu kawan berniaga di pasar malam. Sentiasa bertukar kerja atas alasan dan masalah tertentu. Hidup tak perlu kaya. Asal hidup boleh membantu keluarga dan merasa sedikit kesenangan sudah mencukupi. Merupakan remaja yang bersih dari gejala sosial, berdikari, rajin dan tidak mengenal putus asa.





Comments
Powered by Facebook Comments