
Pelajar jurusan Seni Persembahan dan Media Sunway University College Petaling Jaya, Selangor memberitahu, dia kini berada dalam semester kedua terakhir sebelum bergelar graduan diploma.
Gadis yang lahir pada 28 Mac 1988 itu sepatutnya menghadiri konvokesyen kolej pada tahun ini.
Namun, impian Liyana hampa kerana dia harus menduduki semula dua peperiksaan untuk subjek Suntingan Filem dan Sejarah Teater.
“Tidak malu cakap, ini semua salah diri sendiri. Kehadiran saya dalam kelas mengambil markah sebanyak 50 peratus manakala selebihnya berdasarkan pemarkahan ujian teori dan praktikal.
“Dengan jadual lakonan padat dan komitmen lain, saya terpaksa ponteng kelas dan tertinggal kuliah penting. Maka, tidak mengejutkan kalau saya gagal dalam peperiksaan semester lepas.
“Bulan Mac hingga Julai ini, saya akan buat projek teater semester akhir. Harap semua berjalan lancar selepas ini. Saya tidak sabar menamatkan pengajian pada 2011 nanti,” jelas Liyana yang sempat merencana untuk mengambil kursus lakonan jangka pendek suatu hari nanti.
New York, Los Angeles atau Australia bakal menjadi destinasi pilihan Liyana sebagai tempat menimba ilmu sekali gus memantapkan diri sebagai anak seni versatil.
“Saya harap dapat menjalani kursus intensif selama dua minggu atau paling lama 12 minggu di negara orang. Sudah lama saya simpan cita-cita ini,” jelasnya yang akan muncul dengan single ketiga berjudul Penyelamat Cinta gubahan bersama Liyana dan Aizat.
credit to kosmo





Comments
Powered by Facebook Comments