Isu Sensasi Masa Kini


Lan The Typewriter tangguh kahwin kerana sibuk kerja

Setiap pasangan yang telah mengikat tali pertunangan pasti mengimpikan untuk segera memeterai ikatan perkahwinan pula. Namun, lain pula dengan Azlan The Typewriter yang terpaksa menangguhkan perkahwinanya gara-gara sibuk dengan tuntutan kerja.

Azlan yang mesra disapa Lan yang sepatutnya melangsungkan perkahwinannya Normala Hassan, 28, pada November ini tetapi telah menunda hari bersejarah tersebut sama ada pada Januari atau Februari 2011.

Pun begitu, Lan, 28, mengakui tidak berasa kecewa sebaliknya merasa lega kerana dapat membuat perancangan serta persediaan dengan lebih rapi lagi.

“Kalau ikutkan banyak lagi barang-barang yang masih belum cukup dan kalau boleh kami tidak mahu berlebih-lebihan membuat persiapan, takut nanti membazir akhirnya.

“Sebab itulah saya lega majlis ini dapat ditangguhkan. Sekurang-kurangnya kami dapat membuat persiapan dengan teliti. Lagipun seboleh-bolehnya saya mahu elakkan pembaziran. Biar majlis itu meriah tetapi sederhana,” ujarnya ketika ditemui di sesi rakaman Ramadan Era TV1 Malaysia di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, Jumaat lalu

Tambah penyanyi bersuara serak-serak basah ini lagi, buat masa ini persiapan hanya tinggal 20 peratus sahaja yang masih belum selesai. Malah dia berharap segala urusan akan dipermudahkan menjelang hari bahagianya itu.

Malah, Lan mengakui kemungkinan besar hanya satu majlis di Johor Baru yang akan dibuat. Lan juga masih belum memikirkan untuk membuat sebarang majlis di Kuala Lumpur kelak.

Sementara itu, Lan menolak gosip dia bergaduh dengan ibu bapa mertua, dan perhubungannya dengan tunang sedang berantakan.

Sambil menyifatkan sebarang pertikaian oleh sesuatu pasangan itu sebagai normal, Azlan berkata, tidak ada apa-apa yang sempurna.

”Biasalah itu. Sedangkan lidah lagi tergigit. Manusia tidak akan sempurna. Sekiranya semua individu sempurna, tidak akan berlaku kucar-kacir,” katanya yang telah menjalani kursus perkahwinan pada bulan puasa tahun lalu di Setiawangsa.

Ketika ditanya apakah persamaan antaranya dan gadis pilihan hatinya, Lan mengakui, sifat mereka yang sederhana dalam setiap perkara menyebabkan Lan tekad untuk memilih Normala sebagai isterinya. Mereka mengikat tali pertunangan pada Julai 2009.

credit to Sinar Harian & Mstar Online

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

Powered by Facebook Comments

One Response to “Lan The Typewriter tangguh kahwin kerana sibuk kerja”

  1. bertong says:

    ada kaa tengguh sebab sebok ngan kerja..

    kerja tak tau bila nak habis…

    baik tanggoh kerja…kawen dulu..