Kontroversi Tidak Jejaskan Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

“Tentang kontroversi itu, kami tidak bercakap mengenainya dan ia juga tidak menjejaskan sepanjang perjalanan persiapan perkahwinan kami. kata Liyana Jasmay ketika ditanya berkenaan kontroversi gambar pra perkahwinan beliau yang tersebar.

Entri berkaitan –> Gambar Pra-Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin

Entri berkaitan –> Ibu Liyana Jasmay Kesal Gambar Pra Perkahwinan Tersebar

Entri berkaitan –> Jawapan Saiful Nang Berhubung Isu Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Tersebar

Entri berkaitan –> Gambar Sekitar Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan

“Saya dah biasa dengan kontroversi remeh seperti ini di mana ia akan senyap dengan sendirinya,” kata Liyana selepas diijabkabulkan pada pagi Sabtu di Hotel Seri Pasific, di sini.

“Sudahlah saya belajar selama enam bulan sepanjang pertunangan kami pada tahun lalu, jadi inilah masanya untuk kami bercinta. Kalau boleh saya mahu berbulan madu bersama suami selama setahun sebelum menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga kami.

“Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya ada, ia satu rezeki buat kami,” ujarnya.

“Sebenarnya, kami ke London untuk membeli belah dan Fathuddin pula tidak menganggapnya sebagai sebuah percutian.

“Baginya, berada di sebuah pusat peranginan yang tenang adalah lokasi sesuai untuk berbulan madu, mungkin kami akan bercuti di tempat menarik di Sabah,” selorohnya.

Credit to Mstar & Budiey

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Comments are closed.

Post Navigation