Isu Sensasi Masa Kini


Gambar Zahnita Dan Anaknya

MEMPUNYAI anak pada usia muda adalah satu pengalaman yang menyeronokkan buat pelakon dan model, Zahnita Hussein Wilson, 24. Namun, ada perkara yang dikesalkan iaitu mengambil suntikan epidural semasa hendak bersalin.

Ini kerana, semasa melahirkan Zahrafeena Abdul Zackery atau panggilan manjanya Zahra, 2, Zahnita terpaksa berperang dengan kesakitan selama 12 jam.

“Saya mula rasa sakit hendak bersalin pada pukul 8 malam. Kesakitan yang saya alami berlanjutan sehingga pukul 6 pagi. Manakala, bukaan rahim ketika itu baru empat sentimeter.

Akhirnya, saya mengambil keputusan menggunakan ubat penahan sakit.
Menurut Zahnita, suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin. Epidural bertindak sebagai ubat penahan sakit dengan menghalang fungsi saraf buat sementara waktu.

Adakah pengalaman rasa sakit selama 12 jam itu membuatkan Zahnita fobia untuk bersalin?

“Tidak sama sekali. Saya ingin bersalin lagi. Walaubagaimanapun, selepas ini saya tidak akan mengambil suntikan epidural. Saya akan cuba bertahan dan melahirkan anak secara semula jadi,” katanya yang menganggap kelahiran Zahra adalah satu anugerah yang tidak ternilai.
Apa yang mengagumkan mengenai wanita kelahiran Brisbane, Australia itu adalah biarpun jadual harian kerjanya padat, namun Zahnita lebih selesa menjaga anaknya sendiri.

“Saya tidak ada keyakinan menyerahkan anak di bawah jagaan pembantu rumah. Faham sajalah, banyak kes kita dengar mengenai pembantu rumah sekarang,” katanya.

Bagaimana dengan perkembangan Zahra yang kini sudah berumur dua tahun?

“Zahra seorang kanak-kanak yang sangat suka bercakap. Dia juga sangat mesra dengan kawan-kawan mama dan papanya. Setiap kali kawan saya datang dia bukan sahaja mencium tangan mereka, malah mencium pipi dan memeluk mereka,” katanya bahawa Zahra amat menggemari gitar.

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to “Gambar Zahnita Dan Anaknya”

  1. ewiezz says:

    bestnyeee…muda2 dah bergelar ibu, alhamdulillah…

  2. ainun says:

    wah…anak dia pon comel

  3. bertong says:

    untung jadi ibu n bapa muda ni..

    tapi yang tak untung kot cepat nak bercerai berai..

    kalo kekal al hamdulillah..

    anak jadi cam sebaya..

    hehe meh pakat kawen muda…