Sama cantik sama padan..begitulah kedua mempelai ni..
Bagi bintang muda yang memiliki nama penuh Sari Yanti Mohamad Nazari itu, dia sama sekali tidak menduga perkenalan sejak empat tahun lalu dengan pasangannya, Mohd. Eddy Casmady Che Hussin, 29, atau nama ringkasnya, Eddy, seorang ahli perniagaan berakhir dengan ikatan perkahwinan.
“Kami mula berkawan selepas diperkenalkan sepupu saya. Bermula daripada kawan biasa, hubungan kami bertukar menjadi kawan baik dan seterusnya bercinta.
“Hubungan kami bertambah serius dan sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga, Eddy sering bertanya kepada saya ingin berkahwin dengannya atau tidak.
“Selama sebulan dia sering mengutarakan soalan yang sama. Pada mulanya saya ingatkan dia hanya main-main tetapi dia ikhlas ingin menjadikan saya ratu hidupnya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin,” ucap Sari Yanti yang ditemui selepas selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Eddy di kediamannya di Kampung Parit, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Jumaat lalu.
credit to gua.com.my dan kosmo.com.my
Comments
Powered by Facebook Comments














alahai cantik bonar mereka khawin