
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Para pengguna laman sosial Facebook seharusnya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya mengenai segala bentuk kemewahan yang dicanangkan oleh rakan ‘maya’ yang dikenali menerusi laman berkenaan.
Profesor Ekonomi di Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin menyifatkan Facebook sebagai lubuk ‘jerung’ yang hanya menanti mangsa untuk disambar.
Katanya, masyarakat harus sedar tiada jalan pintas untuk mendapatkan keuntungan besar melalui pelaburan seperti yang digambarkan dan helah itu adalah sama dengan skim-skim lain yang diperkenalkan sebelum ini.
“Penipuan menerusi pelaburan Internet sudah lama berleluasa dan tidak sepatutnya masih ada mangsa yang terpedaya dengan omongan pihak-pihak berkenaan yang menjanjikan keuntungan sehingga 10 peratus sebulan daripada nilai pelaburan.
“Itu semua adalah sandiwara semata-mata bagi menarik minat mereka yang mahukan keuntungan segera. Masyarakat harus sedar bukan semudah itu untuk mengumpul kekayaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan khas akhbar ini mengenai modus operandi skim pelaburan Internet yang kini beralih menggunakan medium laman sosial Facebook untuk menjerat mangsa.
Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya wang yang ada itu di
Comments
Powered by Facebook Comments