Isu Sensasi Masa Kini


KFC Mohon Maaf Atas Isu – “Pekerja KFC Belasah Pelanggan”

Wednesday, February 8th, 2012

KFC Mohon Maaf berkenaan isu pekerja belasah pelanggan yang menimbulkan
rasa kurang senang orang ramai yang telah melihat kejadian tersebut secara
LIVE serta video yang telah tersebar luas di internet…

Insiden tersebut dikatakan berlaku apabila pelanggan yang lama menunggu
pesanan beliau marah dan melepaskan kata-kata yang menimbulkan perasaan
kurang senang terhadap pekerja KFC lalu mereka bertindak melulu dan membelasah
pelanggan…

Pada pendapat peribadi Rindok Blog dua-dua individu perlu bersabar dalam hal ini…

Jangan kerana ayam, kita bergaduh.. kitakan 1 Malaysia…

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Isu Gambar Adira Peluk Anjing – “Adira Mohon Maaf”

Tuesday, February 7th, 2012

“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,”

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,”

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,”

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

‘Saya bukan kekasih Apek’ – Nur Eilunie Natasha Nazri

Tuesday, February 7th, 2012

KOTA BHARU – Seorang pemilik butik di sini, Nur Eilunie Natasha Nazri semalam tampil membuat pengakuan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan cinta dengan penjaga gawang nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek .

Gadis berkulit putih berusia 21 tahun itu yang lebih mesra dipanggil ‘Leuniey’ turut menafikan tonggak utama The Red Warriors itu menjadi punca beliau memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini.

Menurutnya, ikatan pertunangan tersebut diputuskan atas sebab masalah peribadi dan bukannya kehadiran orang ketiga.

“Saya terima berita ini (putus tunang) sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.

“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek,” katanya dalam sidang akhbar di butiknya di sini semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah ibu bapanya, Nazri Adnan, 43, dan Noor Laila Abu Bakar, 43, serta pengurus syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn. Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd. Yusof.

Credit to Kosmo

Entri berkaitan –> Bapa Khairul Fahmi kecewa dengan kontroversi yang melanda

Entri berkaitan –> Leuniey bukan putus tunang kerana Khairul Fahmi

Entri berkaitan –> Safee Sali Jutawan Bola Sepak Negara!

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D