Isu Sensasi Masa Kini


Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Penan Sarawak (PADE) Tidak Puas Hati Dengan Permohonan Maaf Harian Metro

Friday, May 18th, 2012

Harian Metro Hina Orang Penan

Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Penan Sarawak (PADE) tidak puas hati dengan permohonan maaf yang disiarkan Harian Metro semalam kerana ia seolah-olah tidak ikhlas.

Presiden PADE, Ezra Uda berkata sepatutnya permohonan maaf itu disiarkan pada muka surat depan dan bukan di halaman 9 yang menunjukkan sikap acuh tak acuh pihak terbabit.

Susulan berita bertajuk ‘Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku’ disiarkan Metro Ahad pada 13 Mei lepas, persatuan berkenaan turut meminta Harian Metro mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepada mereka.

Katanya beliau kesal dengan laporan itu kerana ia akan memberi persepsi negatif masyarakat umum terhadap kaum Penan.

“Oleh yang demikian kami sebagai kaum Penan, pendukung dan penyokong masyarakat Penan amat kecewa dan sakit hati dengan cara pelaporan wartawan Harian Metro yang tidak beretika dan tidak bertamadun,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Ezra berkata lagi kenyataan itu juga hendaklah disiarkan di surat khabar utama berbahasa Malaysia.

Sambil memberitahu kebanyakan orang Penan memeluk Kristian, Ezra memberitahu adat perkahwinan mereka sebelum itu adalah berpaksikan ‘Omen’ atau ‘Amen’ yang mana tidak ada satu pun yang membenarkan hubungan sesama mahram.

Oleh itu, katanya akhbar tabloid itu bukan saja mengemukakan kenyataan dan fakta yang salah tetapi laporan ini memalukan kaum Penan, sengaja mengaibkan masyarakat Penan.
“Penghinaan Harian Metro ini meninggalkan kesan negatif secara emosi dan psikologi kepada kaum Penan khasnya dan umumnya kepada rakyat Sarawak.

“Igauan dan gangguan psikologi ini akan membantutkan fokus pelajar-pelajar di universiti, di kolej dan di sekolah-sekolah,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyifatkan isu dan masalah tidak ada kad pengenalan di kalangan kebanyakan orang Penan tidak ada kena-mengena dengan artikel tersebut.

“Sekiranya akhbar berkenaan gagal menunaikan tuntutan kami, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Temenggung Datuk Hassan Sui menyifatkan laporan itu sebagai ‘menghina dan mencemarkan imej seluruh masyarakat Penan’ serta tidak masuk akal sama sekali.

Beliau berkata laporan itu membawa implikasi bahawa masyarakat Penan tidak mempunyai tradisi dan undang-undang untuk mentadbir kesejahteraan masyarakat.

“Saya amat kecewa dengan laporan oleh Metro Ahad kerana ia telah menghina masyarakat kami dan memberi gambaran yang amat negatif kepada kami, seolah-olah kami tidak mempunyai adat dan tradisi.

“Saya amat mengutuk laporan tersebut dan ingin saya nyatakan di sini bagi pihak masyarakat Penan di Sarawak, kami ingin laporan diperbetulkan oleh Harian Metro kerana ia sensitif,” katanya.

Beliau turut menambah, sumbang mahram tidak berlaku kepada masyarakat lain dan untuk mengatakan ia berleluasa dalam masyarakat Penan adalah tidak masuk akal.

Hassan yang merupakan jutawan pertama Penan memandangkan beliau ialah perintis dalam industri kelapa sawit di Suai, Niah menambah, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkaitan dan meminta akhbar itu menarik balik laporan tersebut.

“Saya ingin menasihati sesiapa yang tidak mengenali budaya dan tradisi kami agar tidak menulis apa-apa mengenai Penan tanpa berunding dengan kami terlebih dahulu.

“Kami juga mempunyai maruah, jangan memandang rendah terhadap kami,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Akhbar Metro Ahad mohon maaf kepada etnik Penan & masyarakat Sarawak

Friday, May 18th, 2012

Metro Ahad semalam memohon maaf kepada masyarakat Sarawak khususnya etnik Penan yang tersinggung atau mengalami aib ekoran penyiaran artikel bertajuk Ibuku isteriku, bapaku suamiku,” yang disiarkan Metro Ahad dan di dalam myMetro Online (www.hmetro.com.my) pada Ahad lepas.

Pada muka depan Metro Harian edisi Sarawak yang disiarkan semalam, Metro Ahad turut menarik balik sepenuhnya semua penyataan-penyataan yang terkandung di dalam artikel berkenaan.

“Metro Ahad juga mengakui ada beberapa salah faham dan kesilapan fakta dalam menerbitkan penyataan-penyataan di dalam artikel itu sehingga memberi gambaran salah yang mengaibkan orang Penan,” kata akhbar tabloid bahasa Melayu itu dalam satu kenyataan maaf dan penarikan balik laporan itu.

Metro Ahad juga mengakui bahawa penyataan dalam artikel berkenaan dibuat tanpa merujuk ketua-ketua masyarakat Penan yang lebih arif mengenai adat resam etnik Penan. – Bernama

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Aidil Zafuan Tarik Permohonan Cerai & Mahu Berdamai Dengan Rita

Wednesday, May 16th, 2012

Terkini, Pemain bola sepak, Aidil Zafuan menarik balik permohonan cerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini, di mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu dengan alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Entri berkaitan –> Rita Rudaini Bakal Tuntut Tunggakan Nafkah Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Entri berkaitan –> Rita Rudaini Terima SMS Cerai Daripada Aidil Zafuan

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad memerintahkan Aidil pada Rabu membayar kos kepada Rita sebanyak RM250.

Wan Mahyuddin mengeluarkan perintah itu selepas Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari memaklumkan kepada mahkamah yang anak guamnya telah memfailkan satu notis penarikan pada Selasa selepas Rita tidak bersetuju dengan permohonan yang difailkan sebelum ini di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).

“Anak guam saya telah memfailkan notis dengan alasan permohonan di bawah Seksyen 47 enakmen itu tidak boleh digunakan kerana Rita tidak bersetuju untuk bercerai ketika kes berkenaan disebut pada 30 April lalu.

“Aidil pula menuntut untuk berdamai dan tinggal bersama demi anak-anak dan jika kedua-dua mereka melantik ahli keluarga masing-masing bagi menyelesaikan masalah, dia bimbang, situasi berkenaan menjadi lebih buruk.

“Berdasarkan kepada alasan ini, anak guam saya memutuskan untuk membatalkan permohonan bercerai terhadap isterinya,” kata beliau.

Mahkamah sebelum ini menetapkan pada Rabu agar kedua-dua pihak melantik ahli keluarga masing-masing untuk membantu menyelesaikan masalah di hadapan Jawatankuasa Pendamai yang dipengerusikan oleh seorang pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.

Rita diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia setahun.

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D


Buy Tramadol Online