Isu Sensasi Masa Kini


Avon Fashion Jewellery -Bergaya Di Hari Raya

DENGAN Aidilfitri hanya menghitung hari, pastinya kebanyakan individu mulai sibuk menyiapkan persiapan raya terutamanya golongan wanita. Selain memastikan busana Aidilfitri siap sempurna, koleksi aksesori turut diberi perhatian.

Memetik kata-kata Duta Avon Jewellery, Rozita Che Wan, dia menyifatkan penampilan pada pagi raya tampak lebih menawan dengan padanan aksesori ideal.

“Mencari koleksi aksesori yang cantik amat mudah dengan adanya koleksi Avon Fashion Jewellery. Jenama Avon ini bukan sahaja menawarkan himpunan rantai mutiara, cincin bahkan anting-anting.

KERONGSANG dua serangkai gaya klasik ideal disemat pada baju kebaya.

“Tidak ketinggalan Avon turut menampilkan variasi kerongsang pelbagai warna dan bentuk. Buktinya dek terlalu teruja menyambut kehadiran Aidilfitri saya memilih kerongsang batu gemerlapan rona hijau rekaan mewah dan eksklusif,” tutur Rozita.

Kalau tidak cantik masakan Rozita tampil anggun dan jelita dalam persalinan kebaya potongan pendek yang diserikan dengan tiga biji kerongsang.

Kerongsang koleksi Qashrina rona emas dan akrilik peridot serta kuning muda itu sengaja disematkan di bahagian depan kebaya polos.

Ia merupakan sebahagian daripada 60 jenis aksesori pelbagai rekaan, warna dan motif koleksi Avon Fashion Jewellery yang dilancarkan baru-baru ini.

“Seperti yang kita sedia maklum aksesori berupaya menyerlahkan tarikan dan keperibadian seseorang wanita.

“Bagi koleksi Avon Fashion Jewellery 2010 kami menghasilkan aksesori mengikut trend semasa dan cita rasa wanita. Selain itu kami turut menitikberatkan aspek kualiti dan keselamatan buat si pemakai,” ulas Pengurus Jualan Fashion dan Home Avon, Hanim Sahrom ketika ditemui Stailo di Bangunan Avon, Petaling Jaya.

SERLAHKAN penampilan dengan kerongsang Insyirah yang dijual pada harga promosi RM39.90.

Kualiti dan keselamatan yang dimaksudkan itu merujuk pada aksesori Avon yang terpelihara dan selamat untuk kulit sensitif serta jaminan tidak luntur.

Ini kerana aksesori Avon mengandungi bahan saduran paladium dan rodium iaitu bahan yang tidak mengandungi radioaktif.

Malah, saduran paladium bertindak mengatasi masalah warna aksesori bertukar kepada warna kelabu manakala rodium mengelakkan pelunturan aksesori yang cepat.

Khas buat si jejaka yang masih tercari-cari butang baju Melayu, jangan ketinggalan mendapatkan butang baju Melayu koleksi Ismith atau Nizam keluaran Avon Fashion Jewellery.

credit to Kosmo

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

Powered by Facebook Comments

Comments are closed.