

Tahniah Rindok Blog ucapkan kepada Serina Redzuawan & suaminya, Gavin kerana baru menyambut baby cute kedua yang diberi nama Isabella Saffiya O’Luanaigh ini, dilahirkan pada pada 23 Januari lalu..
Comel sungguh baby nie… Mix blood la katakan

Watie dan Joey telah pun selamat bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.
Berikut ialah kata2 daripada Watie:-
Bukannya ingin berahsia atau menyembunyikan saat bahagia itu tetapi semuanya adalah permintaan Joey dan keluarganya. Saya harus menghormati dan melihat ikatan yang ada dari satu perspektif yang positif. Apa yang penting, perkara wajib sudahpun kami lakukan. Soal yang lain, biarlah kami fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Joey melamar saya secara mengejut di depan keluarganya. Saya sendiri tidak mengetahui mengenai majlis itu. Semuanya dirancang Joey dan adik-beradiknya. Kelakarnya, persediaan pun kelam-kabut dan saya hanya sempat untuk menempah nasi beriani di restoran berdekatan rumah saja bagi menjamu tetamu.
Jikalau anda kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka, jangan risau kerana menurut kata Watie, mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini:-
Apa yang boleh saya katakan, kami sudah selamat dinikahkan. Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang, kami berdua pasti akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun ini juga kerana Joey ingin sekali meraikan sahabat-handai dan peminat yang tidak henti menyokong. Tarikh dan lokasi masih belum kami tetapkan namun apa yang pasti, kami akan mengadakannya secepat mungkin.

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir – Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
- Berdoa – Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
- Sibukan diri dengan sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran &
pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya
- Luahkan perasaan anda – Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya
(sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan
sebagainya
- Senyum – Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati