Isu Sensasi Masa Kini


Ani Mayuni Dibelasah Suami Hingga Cedera Di Kepala, Leher, Dada & Tangan

Saturday, February 4th, 2012

Ani Mayuni Dibelasah Suami Hingga Cedera Di Kepala, Leher, Dada & Tangan

Ani Mayuni, penyanyi dangdut yang pernah popular satu ketika dahulu dibelasah oleh suaminya sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala, leher, dada dan tangan.

Sebelum kejadian tersebut Ani Mayuni dikatakan menelefon suaminya yang berada di luar rumah dan memesan untuk membeli sarapan. Bagaimanapun, sebaik sahaja suaminya pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. Ani Mayuni telah pun membuat laporan polis atas kekasaran yang dilakukan oleh suaminya.

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Leuniey bukan putus tunang kerana Khairul Fahmi

Saturday, February 4th, 2012

Leuniey bukan putus tunang kerana Khairul Fahmi… Hal ini disahkan sendiri oleh bekas tunang Luniey… Berikut ialah kata-kata bekas tunang Leuniey:-

Bekas tunang tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan kerana Khairul Fahmi. Bekas tunang memutuskan pertunangan tanpa memberitahu sebabnya. Saya hanya mengetahui kisah saya di Internet selepas diberitahu rakan dan harap ia tidak diperbesarkan.

Mengapa saya mahu mengaibkan nama keluarga sendiri dengan menyamar sebagai orang lain di Twitter dan menyebarkan perkara itu. Saya juga terkejut apabila ada beberapa gambar dalam akaun itu sedangkan saya tidak menyimpannya sebaik putus tunang.

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Keputusan Penuh Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH)

Friday, February 3rd, 2012

Berikut adalah keputusan penuh PPMH 2011/2012 bagi setiap kategori:
1. Anugerah Ikon – Datuk Siti Nurhaliza
2. Anugerah Harapan – Yuna
3. Anugerah Selebriti Favourite – Shahizey Sam
4. Anugerah Selebriti Cekal – Abby Abadi
5. Anugerah Duda Hot – Yusry KRU
6. Anugerah Janda Hot – Nora Danish
7. Anugerah Selebriti Kacak – Aaron Aziz
8. Anugerah Selebriti Jelita – Rozita Che Wan
9. Anugerah Hot Papa – Aaron Aziz
10. Anugerah Hot Mama – Ziana Zain
11. Anugerah Selebriti Stylo – Stacy
12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) – Gambit Saifullah
13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) – Fouziah Ghous
14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) – Dafi
15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) – Erra Fazira
16. Anugerah Seksi (Lelaki) – Norman Hakim

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D