Isu Sensasi Masa Kini


Biodata Rasulullah S.A.W

Sunday, February 5th, 2012

• Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
• Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Lisa Rosli buat laporan polis selepas akaunnya di-hack dan menghina Sabah / Sarawak

Saturday, February 4th, 2012

Lisa Rosli buat laporan polis selepas akaunnya di-hack dan menghina Sabah / Sarawak… Dari laporan polis yang dibuat nampaknya Akaun Twitter milik LISA ROSLI yang dikatakan menghina Masyarakat Sabah dan Sarawak adalah palsu..

Akaun tersebut yan menggunakan nama beliau dan gambar beliau menyebabkan dirinya kini berhadapan tohmahan dan kritikan daripada bukan sahaja masyarakat Sabah dan Sarawak tapi juga seluruh masyarakat Malaysia..

Bertindak atas kerisauan akan keselamatan dirinya beliau (Lisa Rosli) kini membuat laporan polis atas agar salah faham ini dapat diperbetulkan hendaknya..

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Anuar Zain menang saman & dibayar RM18,853.38

Saturday, February 4th, 2012

KUALA LUMPUR, 3 FEB 2012: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan syarikat rakaman Synchrosound Records Label Music Sdn. Bhd. membayar royalti penjualan album penyanyi popular Anuar Zain, 42 sebanyak RM18,853.38.

Jelas peguam Anuar Zain, Aizul Rohan Anuar, pihak terbabit masih boleh membuat rayuan untuk mempertikaikan keputusan tersebut.

Tambah Aizul, anak guamnya juga mungkin akan merayu kepada mahkamah kerana amaun pampasan yang diberikan adalah berdasarkan kepada kaedah pengiraan yang digunakan oleh syarikat rekod berkenaan dalam pembayaran tahun 2004 dan ianya berbeza daripada kaedah pengiraan yang digunakan oleh Anuar Zain.

Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk menentukan royalti yang terhutang telah diambil kira menerusi jualan album yang melebihi 15,000 unit sahaja.

Dalam penghakimannya, mahkamah menyatakan bahawa Anuar Zain tidak membangkitkan bantahan terhadap kaedah pengiraan sebelum ini.

Pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap Syncrosound Records.

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman berkenaan membayar royalti kepada Anuar Zain atas hasil jualan dua albumnya.

Kes bermula, apabila syarikat rakaman itu telah memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, kes itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2007.

Susulan daripada itu, pada 20 Jun 2006 Anuar Zain telah memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian.

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D