


“Akustika Raya ini menampilkan Faizal sebagai penyanyi utama sambil diserikan dengan persembahan duetnya dengan tiga rakan artis lain.
“Saya boleh katakan penampilan Faizal, Aizat, Noh dan Lan yang masing-masing boleh bermain gitar dengan baik dalam sebuah program bersama merupakan gabungan kali pertama disiarkan menerusi kaca televisyen.
Akustika Raya memang lain daripada yang lain sebab ia menampilkan gabungan Faizal, Aizat, Lan dan saya sendiri dalam membuat persembahan,” jelasnya spontan.
Antara lagu yang dinyanyikan dalam program Akustika Raya adalah Cuba, Sampai Syurga, Arjuna, Bencinta, Warisan Wanita Terakhir, Hey Jude, Raikan Cinta dan Cahaya Aidilfitri.
Kepada peminat setia penyanyi-penyanyi generasi baru itu, jangan terlepas peluang untuk menyaksikan rancangan Akustika Raya yang bakal bertamu di kaca televisyen penonton selama satu jam pada hari raya pertama pukul 5 petang di TV3.
credit to Kosmo
Comments
Powered by Facebook Comments





[...] Akustika Raya di TV3 | Rindok Blog [...]
Tahun ni artis mana laa plak kan?
a’ah~
sape lak kn~
hehe~ ^^
sama-sama kita tunggu la…raya dah tak lama kan
ni nak tunggu untuk raya tahun ni ka tahun bila ni..