“Pak cik terima dengan reda walaupun kecewa. Apa yang sudah berlaku, sudah berlaku, kami sekeluarga berdoa semoga dia bahagia.”
Begitulah luah rasa Abd. Radzak Salleh, 59, ayah kepada pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan, 21, mengenai perkahwinan anaknya dengan pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 32, di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu.
Namun, keluarga itu nyata belum dapat melupakan ‘lakonan’ anak mereka itu yang sejak 10 bulan lalu kelihatan seperti orang bujang.
“Tak nampak dia (Aidil) macam sudah berkahwin. Perangai dia macam biasa… terkejutlah kami,” kata Abd. Radzak kepada pemberita di rumahnya di sini semalam.
Katanya, berita pernikahan Aidil Zafuan dengan Rita dimaklumkan oleh anak perempuan sulungnya pada 14 Disember lalu kira-kira pukul 9 malam di rumahnya di sini.
“Sebelum ini dia (Aidil Zafuan) tidak menceritakan apa-apa. Dia bertemu dengan kak longnya pada 13 Disember dan menunjukkan sijil nikah di Thailand sebelum meminta ia diberitahu kepada saya dan isteri,” katanya kepada pemberita.
Comments
Powered by Facebook Comments



As’kum,
Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.
Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.
Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.
Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.
Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.
Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.
Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.
Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.
Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.
Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.
Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.
Terima Kasih.