
Penantian Ahadiat Akashah selama 25 tahun akhirnya sampai ke penghujung apabila novel terlarisnya, ‘Lagenda Budak Setan’ (LBS) dizahirkan dalam bentuk filem. Semua ini atas usaha Astro Shaw yang terpanggil untuk merealisasikan impian Ahadiat.
Bagi peminat yang mengikuti perjalanan cerita ini, pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk melihat kehebatan cinta Kasyah dan Ayu di layar perak. Maklumlah, watak hero dan heroin novel ini memang meruntun hati. Kisah cinta mereka penuh tragis, dari awal pertemuan sehinggalah mereka bersatu.
Persoalannya, adakah filem ini sehebat novel ‘Lagenda Budak Setan’ itu sendiri?
Menurut Ahadiat yang ditemui ketika majlis pra-tonton filem ini pada Isnin lalu, dia cukup berpuas hati dengan produksi filem ini. Baginya, penantian selama 25 tahun berbaloi kerana akhirnya dia mendapat apa yang diinginkan.
“Kalau saya boleh menangis tengok filem ini, ia bermakna pengarah berjaya menyampaikan apa yang cuba disampaikan melalui novel. Saya puas hati dengan produksi ini. 25 tahun saya tunggu untuk ia difilemkan, dan kini semuanya menjadi kenyataan. Saya rasa garapan filem ini bagus,” ulas Ahadiat tentang filem yang akan memasuki pawagam pada 3 Jun hadapan
Comments
Powered by Facebook Comments





yer ker best.aku tak bc pun novel ni.
citer besh giler~
tp,novel dia x tau ah~ =.=”