Isu Sensasi Masa Kini


Dayang Nurfaizah belum fikir kahwin

Monday, August 23rd, 2010

MENCECAH usia 29 tahun bulan lalu, teryata tidak memberi tekanan kepada penyanyi berkulit hitam manis bagi mengakhiri zaman bujangnya.

Jika sesetengah wanita lain di usianya, mereka sudah mula kalut dan pening memikirkan jodoh yang tidak lagi kunjung tiba memandangkan ‘tarikh luput’ yang biasanya ditetapkan pada usia 30 tahun.

Apatah lagi jika wanita itu sudah memiliki hampir segala yang asas dalam kehidupannya seperti kerjaya, kereta, rumah dan kewangan yang stabil, hanya menunggu seorang arjuna menjadi peneman hidup.

Ujar Dayang Nurfaizah, dia mahu lari daripada kelaziman wanita yang sentiasa meletakkan had umur untuk berkahwin kerana baginya semua itu terpulang kepada jodoh yang ditentukan Tuhan.

Tidak mahu terlalu memikirkannya, Dayang kini lebih selesa hidup membujang ditemani ahli keluarganya serta mahu fokus kepada kerjayanya yang semakin rancak itu.

Bahkan, penyanyi popular itu tidak mahu menjadi seperti sesetengah orang yang merancang untuk berkahwin tetapi tidak jadi.

“Bagi Dayang, semua itu tidak perlu dirancang. Dayang tidak pernah sasar pada usia berapa mahu berkahwin kerana Dayang percaya kepada jodoh,” katanya yang menyerahkan urusan jodoh pertemuan pada Ilahi.

Biar sekalipun Dayang sangat menyayangi kanak-kanak, tetapi ketika ini, dia belum bersedia untuk memiliki keluarga.

“Dayang tidak pula rasa sunyi kerana sentiasa ditemani keluarga. Ibu dan bapa Dayang juga tinggal dengan Dayang selepas bapa bersara tahun lalu.

“Sebelum itu, abang, kakak dan adik Dayang turut menemani Dayang sepanjang merantau di Kuala Lumpur.

“Lagipun Dayang mahu fokus untuk mengumpul duit dahulu dan mencapai apa yang mahu dalam kerjaya,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama Kanak-kanak Istimewa dan Dayang Nurfaizah baru-baru ini.

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Awal pandai layan wanita – Scha Al-Yahya

Monday, August 23rd, 2010

LEBIH senang berterus terang daripada berdolak-dalik kerana kelak lebih banyak mengundang spekulasi yang tidak baik dan langsung memberi kesan kepada hubungan cinta yang sedang mekar berkembang.

engan berbuat begitu hati juga lebih tenang dan tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri dan kata nista masyarakat. Janji sudah terpatri, hanya menunggu masa dan ketika yang baik untuk disatukan.

Pelakon yang laris ketika ini, Scha Al-Yahya, 27, sudah bersedia untuk berkongsi hidup dengan pengacara TV popular, Ahmad Awalluddin Ashaari atau Awal Ashaari, 29.

Kata Scha, sebaik saja mereka sah dilamun cinta tujuh bulan lalu, dia mula bersikap terbuka dengan media menyatakan perkara sebenar antara dia dan Awal.
“Segalanya sudah sahih dan tiada sebab lagi untuk saya menyembunyikan hubungan kami. Apabila ada yang bertanya lebih baik saya berterus terang saja. Hati juga lebih tenang dan lapang dada.

“Tidak perlu lagi saya me ngeluarkan kenyataan masih mengenali hati budi dan sebagainya sebagai senjata untuk melindungi perkara sebenar. Bila berjalan berdua sekarang, tiada lagi yang membuat pelbagai spekulasi kerana sudah tahu kami memang bercinta,” katanya ketika ditemui pada majlis Raya Media Screening Astro, baru-baru ini.

Mengenai cinta yang berputik, Scha mengakui mula menge nali Awal ketika menyertai Pertandingan Dewi Remaja dan mula rapat sebelum mengacarakan program Sehati Berdansa bersama Fahrin Ahmad.“Sebenarnya saya berpisah dengan Fahrin pun sudah lama, cuma ramai tidak tahu. Awal melayan wanita dengan baik dan perangainya yang lembut membuatkan dia sangat memahami hati perempuan.

“Saya suka membebel manakala Awal pula lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. Kami juga berkongsi minat sama seperti suka membeli-belah.“Saya juga berhasrat mempu nyai anak sebelum berusia 30 tahun dan umur saya sekarang sudah menjangkau 27 tahun. Awal juga bercadang untuk berkahwin menjelang umurnya 30 tahun. Justeru, dalam perkara ini kami sudah sepakat untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dalam masa terdekat dan sedang mencari tarikh sesuai.

“Emak saya juga tidak mahu kami bertunang lama. Dia mahu sehari selepas bertunang kami terus dinikahkan,” katanya.

Menjadi kebimbangan sesetengah artis khuatir populariti merudum apabila inai sudah merah di jari. Apatah lagi Scha dan Awal sedang berada
di puncak kemasyhuran.

Akui, Scha, ada juga terselit rasa bimbang tetapi, katanya, dengan berkahwin dia sudah melakukan perkara yang dituntut agama dan dengan perkahwinan ini ia menyelamatkan dirinya di dunia dan akhirat. Selebihnya diserahkan kepada Allah s.w.t.

Walaupun sudah mengaku bercinta, namun mereka berdua enggan bergambar bersama dan ketika masih bersama Fahrin dulu pun, Scha tidak bersedia gambar mereka dirakamkan kecuali untuk tujuan kerja.

“Kami tidak mahu bergambar berdua kerana nanti cerita peribadi menjadi paparan utama daripada bercakap soal kerjaya,” katanya.

Buat julung kalinya juga, Scha berlakon dengan Awal dalam telefilem Prebet Jamilah

di mana Scha sebagai Jamilah dan Awal sebagai Kapten Aziz. Telefilem itu khusus untuk Hari Merdeka pada 31 Ogos ini, bersiaran di Astro Ria.

Scha kini di lokasi penggambaran filem Aku Bukan Tomboy yang menjalani penggambaran di sekitar ibu kota.

“Penggambaran baru berlangsung 10 hari dan harap dapat disiapkan seminggu sebelum Aidilfitri. Ia mengisahkan kehidupan pengkid dan tomboi. Saya membawa watak tomboi bernama Farisya, masyarakat menyalah anggap persahabatan antara tomboi dan pengkid.

“Karakter pengkid dihidupkan Sheera Iskandar, Salina Saibi dan Zarina AF. Filem itu terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan arahan bersama Datuk Yusof Haslam dan anaknya, Shamsul Yusof,” katanya.

Dia juga akan ke lokasi Awan Dania musim ketiga dan K.I.T.A yang memasuki musim kedua.

“Watak saya dalam K.I.T.A dikekalkan manakala tiga lagi sahabat karib saya dalam drama itu belum diputuskan lagi. Bergantung kepada kehendak penaja. Jalan cerita pun lebih kepada cabaran hidup empat sahabat sebagai kesinambu ngan kepada episod terakhir K.I.T.A musim pertama di mana masing-masing sudah tamat persekolahan, menjadi dewasa dan ada yang berkahwin.

“Mungkin kali ini lebih banyak konflik kerana masing-masing berdepan dengan masalah hidup. Perkahwinan yang tidak bahagia dan juga alam pekerjaan yang penuh dugaan,” katanya yang menandatangani kontrak selama setahun de ngan Carefree yang juga penaja drama itu.

Ke mana hendak pergi raya ini sama ada terus menyambutnya di Kuala Lumpur atau Sungai Petani, Scha serta keluarga belum memutuskannya lagi. Ada juga cadangan hendak bercuti bersama keluarga ke Langkawi atau Singapura. Namun, kata nya, tengok pada bajet.

“Saya bercuti seminggu tetapi belum pasti di mana hendak beraya. Namun saya tidak kisah beraya di mana pun asalkan dapat bersama keluarga. Saya akan menggunakan cuti itu dengan sebaiknya kerana apabila kembali sibuk
di lokasi penggambaran, hendak bertemu keluarga pun susah,” katanya.

Nama Penuh: Sharifah Norazean Syed Mahadzir
Tarikh Lahir: 30 Mei 1983
Asal: Sungai Petani, Kedah
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam
Pencapaian: Dewi Remaja 2006/2007
Filem: Antoo Fighter: Amukan Drakulat, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Dimensi Cinta, Libas dan Adik Manja Returns
Drama: Bella, Honeyz, Awan Dania, Naik Hantu, Awan Dania 2 dan K.I.T.A
Pengacaraan: Sehati Sejiwa dan Astro On Demand
Komersial: Rexona, Hotlink, Watson, Oral-B, Nokia, Celcom, My EG dan Bio Essence

UsahawanRemaja.Com | Rahsia Jana Pendapatan Lumayan Offline & Online Lebih Banyak Dari Ibu Bapa Anda!

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Imam tak lena tunggu Siti Nurhaliza

Monday, August 23rd, 2010

Gara-gara kerana penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, imam Masjid Kariah Kampung Permatang Pasir tidak tidur lena sejak tiga hari lalu selepas dimaklumkan bahawa isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa itu akan pulang ke Kampung Permatang Pasir untuk memberikan zakat.

Imam berkenaan, Mahmood Rejab, 72, berkata, sejak dimaklumkan mengenai kepulangan Khalid dan Siti Nurhaliza ke kampung itu untuk menyampaikan zakat kepada golongan asnaf di sini, beliau serta jawatankuasanya bertungkus-lumus membuat persiapan majlis penyampaian zakat terbabit.

Menurutnya, oleh kerana sudah agak lama Khalid dan Siti Nurhaliza tidak mengunjungi kampung itu sejak Ramadan tahun lalu, beliau dan seluruh warga kampung tidak tidur lena menantikan detik kepulangan pasangan berkenaan.

“Namun majlis yang diadakan serba sederhana ini akhirnya selesai dengan sempurna setelah 250 golongan asnaf di kampung ini dan sekitarnya mendapat sumbangan zakat daripada Datuk Khalid dan Datuk Siti (Nurhaliza).

“Selepas ini kami kembali tidak tidur lena kerana tidak sabar menantikan kemeriahan hari raya pertama di kampung ini setelah mereka mengumumkan akan bersembahyang raya di masjid ini dan kemudiannya mengadakan rumah terbuka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Permatang Pasir, Mohd Noor Wahab, 62, berkata, beliau menyambut seruan Khalid untuk mendapatkan kerjasama warga kampung menyumbangkan tenaga dan idea dalam pembangunan kampung yang telah dihulurkannya.

Menurutnya, beliau menggalakkan penduduk kampung dan kariah masjid terbabit untuk sama-sama mengimarahkan tempat ibadat berkenaan setelah ia siap sepenuhnya menjelang Hari Raya Aidiladha nanti.

“Kami semua warga kampung menyambut baik usaha beliau (Khalid) yang begitu pemurah menyumbangkan wang membina semula masjid di sini yang dahulunya rosak teruk dan berharap usaha beliau akan disambut dengan bersama mengimarahkan masjid,” katanya.

UsahawanRemaja.Com | Rahsia Jana Pendapatan Lumayan Offline & Online Lebih Banyak Dari Ibu Bapa Anda!

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D