Isu Sensasi Masa Kini


Mentor 4 Lebih Sistematik!

Wednesday, April 28th, 2010

peserta mentor 4

Memasuki musim keempat, Mentor kini disifatkan lebih sistematik dan memuaskan dari segi pemilihan pesertanya.

Ini kerana, para pesertanya boleh memilih penyanyi kegemaran mereka sebagai mentor. Para pendidik musim terbaru ini Jeo Flizzow, Mas Idayu, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer dan Mus May pula berhak memilih protege masing-masing.

“Mentor mereka boleh menilai sendiri sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki peserta itu memandangkan mereka yang akan bertanggungjawab untuk mengasah bakat protege pilihan mereka.

“Jadi dengan pemilihan bakat-bakat baru seperti Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia, kami berharap agar hubungan antara mentor dan protege akan lebih serasi. Ini kerana pemilihan yang dibuat adalah atas dasar penilaian sendiri,” kata Pengarah Mentor, Mohamad Sufian Isa ketika ditemui pada sidang media memperkenal peserta program tersebut.

Mereka yang terpilih ialah Ila (Joe Flizzow), Shaq (Mas Idayu), Adi (Dayang Nurfaizah), Thalia (Ziana Zain), Nani (Azmeer) dan Ayim (Mus May).

Menjadi pilihan kepada mentor masing-masing, Shaq, Thalia, Nani, Ayim serta adik-beradik Ila dan Adi telah melalui pelbagai cabaran dan kesukaran semasa sesi uji bakat.

JOE FLIZZOW, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain dan Mas Idayu bersedia membimbing anak didik mereka.

Menurut Joe, Ila atau nama sebenarnya, Ila Damiaa Johar, 21, yang berasal dari Sarawak menarik perhatiannya kerana mememiliki vokal yang baik. Selain daripada itu, sikap berdisiplin juga menjadi keutamaan Joe.

“Bagi saya Ila mempunyai ciri-ciri yang saya cari terutama dari segi suara. Saya akan mengasah bakat Ila dan yakin dia akan menyinar. Ila juga boleh membawa lagu orang lain dengan gaya tersendiri,” kata Joe.

Bagi Dayang, dia yang memilih Adi Hamiz Johar, 23, atau dikenali dengan sebagai Adi juga atas kehebatan suaranya. Maka, Dayang tidak akan melakukan banyak perancangan untuk anak didiknya itu.

“Bakatnya perlu diasah lagi tapi Adi mempunyai bakat besar. Saya juga akan berkongsi pengalaman dan menurunkan ilmu terutama semasa membuat persembahan yang boleh dipakai ketika dia bertanding kelak,” jelasnya.

credit to Kosmo!

Jom ketahui maklumat terkini mengenai Adi Mentor 4 & Ila Mentor 4 di Facebook!

Adi Mentor 4 Fan Club

Ila Mentor 4 Fan Club

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Iklan Libresse Yuna

Tuesday, April 27th, 2010

Memang cool Iklan Libresse Yuna nie..

Ada sesetengah orang tak leh nak terima sangat iklan macam ni.

Tapi Rindok Blog takde hal..boleh terima ape..

Apa kata anda??

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Adi Mentor 4 & Ila Mentor 4 – Persaingan Adik Beradik!

Tuesday, April 27th, 2010

Adi Mentor 4

Ila Mentor 4

Mari kita dengar apa kata Dayang Nurfaizah terhadap pemilihan Adi Mentor 4

Menurut Dayang, selama 13 jam setengah memilih protegenya ketika sesi uji bakat lalu, niatnya bukan untuk mengajar mereka menjadi seorang penyanyi, tetapi sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada.

“Saya memilih protege yang sudah boleh menyanyi, sekurang-kurangnya 80 peratus sudah ada. Segala ilmu ketika berada di atas pentas, berhadapan dengan penonton dan media serta teknik nyanyian akan dicurahkan.

“Adi sudah memiliki segala-galanya, apa yang saya akan lakukan adalah menggalakkan dia berusaha dan membuka pemikirannya untuk mengupas kreativitinya.

“Bukan senang untuk menjadi penyanyi. Selepas terpilih ini saya serahkan kepada dia dan saya mahu lihat bagaimana kesungguhan dia untuk berlatih dan fokus terhadap cabaran yang bakal dihadapi nanti,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Mari kita dengar apa kata Joe Flizzow terhadap pemilihan Ila Mentor 4

Berbeza pula dengan Joe Flizzow yang memilih Ila sebagai protegenya. Menurut Joe, kriteria yang diutamakan di dalam pemilihan itu adalah vokal.

“Ila memiliki vokal dan bakat semula jadi serta bukan dibuat-buat. Memang dia memiliki suara yang sedap, kelantangan suaranya serta faktor lain seperti disiplin dan tidak kenal putus asa.

“Dari segi penampilan saya tidak pandang walaupun dia bertudung dan agak lari daripada genre muzik yang saya bawakan kerana bagi saya penampilan kita masih boleh ubah.

“Saya nampak dia mampu membawa pelbagai genre muzik mengikut vokal yang dimiliki dan sebab itu saya memilih dia daripada 300 peserta yang datang untuk diuji bakatnya,”

credit to Bharian

Jom ketahui maklumat terkini mengenai Adi Mentor 4 & Ila Mentor 4 di Facebook!

Adi Mentor 4 Fan Club

Ila Mentor 4 Fan Club

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D