Isu Sensasi Masa Kini


Gaji Kakitangan Awam Bulan Feb Mengikut SSM

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

“Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” katanya dipetik Bernama.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.

Kepada calon yang dipanggil ke Peperiksaan Bertulis Penguasa Kastam pada 4 Februari 2012, dapatkan pakej panduan ini sekarang!

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

Powered by Facebook Comments

Facebook Kini Lubuk Penipu!

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Para pengguna laman sosial Facebook seharusnya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya mengenai segala bentuk kemewahan yang dicanangkan oleh rakan ‘maya’ yang dikenali menerusi laman berkenaan.

Profesor Ekonomi di Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin menyifatkan Facebook sebagai lubuk ‘jerung’ yang hanya menanti mangsa untuk disambar.

Katanya, masyarakat harus sedar tiada jalan pintas untuk mendapatkan keuntungan besar melalui pelaburan seperti yang digambarkan dan helah itu adalah sama dengan skim-skim lain yang diperkenalkan sebelum ini.

“Penipuan menerusi pelaburan Internet sudah lama berleluasa dan tidak sepatutnya masih ada mangsa yang terpedaya dengan omongan pihak-pihak berkenaan yang menjanjikan keuntungan sehingga 10 peratus sebulan daripada nilai pelaburan.

“Itu semua adalah sandiwara semata-mata bagi menarik minat mereka yang mahukan keuntungan segera. Masyarakat harus sedar bukan semudah itu untuk mengumpul kekayaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan khas akhbar ini mengenai modus operandi skim pelaburan Internet yang kini beralih menggunakan medium laman sosial Facebook untuk menjerat mangsa.

Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya wang yang ada itu di

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

Powered by Facebook Comments

Air Asia disaman di Australia

AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman web.

Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa terdapat tambang di laman web AirAsia tidak menyatakan harga semua cukai, duti dan caj-caj lain.

“Pernigaan yang memilih mengiklankan sebahagian harga setuatu produk atau perkhidmatan harus juga memaparkan harga tunggul keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan media.

AirAsia tidak dapat dihubungi dalam tempoh segera bagi mendapatkan ulasannya.

- AFP

Blog Widget by LinkWithin
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Comments

Powered by Facebook Comments